Sunday 4 November 2012

Siapa DR HANAFI YAHYA?

Dilahirkan pada 14 March 1983 dalam keluarga FELDA di Negeri Sembilan. Latar belakang keluarga yang tiada pendidikan tinggi dan ibubapa bekerja sebagai penoreh getah sering menyedarkan siapa diri ini. Membesar dalam zaman lampu gaslin dan mandi air perigi (sehingga umur 5 tahun) mengajar diri supaya gigih berusaha. Peluang mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan kerajaan sehingga tingkatan 3 dan seterusnya MRSM Serting digunakan sepenuhnya. Pencapaian SPM membawa diri ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Langkah semakin lebar selepas berjaya memasuki Universiti Sains Malaysia dalam bidang Perubatan.
Selepas berjaya mendapatkan segulung Ijazah Perubatan saya dihantar ke Hospital Tawau (Pantai Timur Sabah) sebagai Houseman. 2 tahun berlalu dengan pantas sebagai houseman dan kemudian tugas diteruskan di Klinik Kesihatan Apas Balung, Tawau sebagai pegawai perubatan & pentadbiran klinikal. Setelah setahun setengah berlalu, saya beranikan diri melanjutkan pelajaran dalam Master of Family Medicine di Universiti Sains Malaysia. Kini saya dalam Tahun pertama  dalam program Master of Medicine.
                                                                         
alhamdullilah dalam mengharungi perjalanan hidup ini, saya ditemani oleh isteri tercinta yang sentiasa memahami, DR FARIZA HAINIM dan dikurniakan harta yang tak ternilai, HADIF IKHWAN.

                                                    
Diharapkan saya dapat membantu masyarakat Malaysia dalam menyelesaikan atau memahami masalah kesihatan/penyakit mereka.

Blog ini dedikasikan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai tanggungjawab sosial daripada DR HANAFI YAHYA.

1 comment:

  1. tercapai gak bro cite2 ko jd doktor..tahniah..teruskan perjuangan demo..

    ReplyDelete