Friday, 9 November 2012

KUDIS BUTA - pencegahan dan rawatan.....

KUDIS BUTA ( SCABIES )

Kudis Buta (Scabies) penyakit kulit yang paling kerap terjadi dikalangan masyarakat kita namun selalu disalah erti sebagai alahan (alergic) ataupun penyakit keturunan. Kepada sesiapa yang pernah tinggal di asrama (terutama kaum adam), pasti tidak asing mengalami masalah kudis buta ini. Kanak-kanak dan bayi juga berisiko dijangkiti kutu Kudis Buta.

Apakah punca Kudis Buta? 
Kudis Buta ialah penyakit yang disebabkan jangkitan sejenis kutu yang bernama Sarcoptes scabiei. Manusia adalah perumah kepada kutu ini. Kadangkala kutu ini boleh juga dijumpai pada kucing dan anjing. Kutu ini hanya dapat hidup selama 14 hari jika ia berada di luar perumah (manusia). Kutu ini juga tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60 darjah celcius.
                                                   Sarcoptes scabiei

Bagaimana Kudis Buta (Scabies) boleh merebak?
Kutu ini merebak melalui hubungan rapat dengan pesakit seperti :
      - berkongsi pakaian, tuala dan selimut
      - berkongsi tempat tidur
      - sentuhan antara kulit ke kulit

Bagaimana kutu Kudis Buta ini tinggal dalam manusia?
Kutu ini mengorek liang kecil dan tinggal di bawah lapisan kulit manusia. Kutu ini akan bertelor dan membuang najis. Najis ini yang menyebabkan pesakit merasa gatal kerana tindakbalas alahan (alergic).
                                            

Apakah simptom-simptom Kudis Buta?
       - pesakit akan mula mengalami simptom selepas 10-14 hari mendapat jangkitan kutu.
       - GATAL terutama pada waktu malam. Saya tidak pasti mengapa gatal lebih ketara waktu 
         malam.Mungkin ini sebabnya dipanggil Kudis Buta (menggaru semasa tidur) :)
       - selalunya simptom ini akan melibatkan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit.
                                           
Bahagian badan yang kerap dijangkiti Kudis Buta.
       - celah jari tangan dan kaki
       - pergelangan tangan
       - ketiak
       - pinggang
       - pusat
       - kemaluan
       - punggung
       - kepala (bayi kecil)

 tangan tempat yang kerap dijangkiti Kudis Buta

 perhatikan warna kemerahan yang sememangnya gatal kerana reaksi/alahan badan kepada najis kutu Kudis Buta

 perhatikan liang yang dibuat oleh kutu untuk masuk ke bawah kulit

 boleh kelihatan kesan pergerakan (trek) kutu kudis buta

Apakah rawatan Kudis Buta?
       Usia 2 bulan - 6 tahun
       - Prementrin 5% lotion. Gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapukan pada seluruh
          badan kecuali muka pada waktu malam selama 8 - 12 jam. Cuci cadar pada keesokan pagi.

       Usia 6 tahun ke atas
       - Benzyl Benzoate lotion 12.5% ( 6 - 9 tahun) dan Benzyl Benzoate lotion 25% ( 9 tahun ke atas).
         Sapukan pada seluruh badan (kecuali muka) pada waktu malam selama 8-12 jam. Cuci pada cadar
         keesokan harinya. Gunakan untuk 3 malam berturut-turut.
         atau
       - Prementrin 5% lotion. Gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapukan pada seluruh
         badan kecuali muka pada waktu malam selama 8 - 12 jam. Cuci cadar pada keesokan pagi.
Semua rawatan untuk Kudis Buta ini perlu diberikan serentak kepada semua yang ahli keluarga yang tinggal serumah dengan  pesakit bagi memutuskan kitaran hidup Kudis Buta ini. walaupun ahli keluarga lain tiada simptom jangkitan.

Apakah ubat yang oleh mengurangkan perasan gatal pesakit ?
       - Crotamiton cream (untuk kanak-kanak dibawah 6 bulan). disapukan 3 kali sehari selama 2 minggu.
       - Sulpha 3%-6% with calamin. disapu 3 kali sehari selama 5 hari.
       - chlorpheniramie (ubat selsema).

Apakah cara bagi mengelakkan Kudis Buta merebak?
       - panaskan pakaian, cadar, selimut dan tuala pada suhu > 60 darjah celcius @ didihkan.
       - gosok (iron) pakaian, cadar, selimut dan tuala pesakit selepas cuci.

Peringatan
Walaupun kutu telah mati disebabkan rawatan namun biasanya pesakit masih berasa gatal selama 1-2 minggu lagi kerana najis kutu masih ada dibawah kulit pesakit. Ia mengambil sedikit masa untuk hilang sepenuhnya.

P/S
1. Jika ada tanda jangkitan Kudis Buta, dapatkan terus rawatan secepat mungkin kerana penyakit ini amat
    mudah berjangkit.
2. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika salah seorang ahli keluarga mendapat jangkitan Kudis
    Buta, pastikan semua ahli keluarga di dalam rumah tersebut sama-sama mengambil rawatan walaupun
    tiada simptom.

Rujukan: Paediatric Protocol for Malaysian Hospital 2008

22 comments:

  1. Satu keluarga sy kena jangkitan scabies ni...pakai ubat hilang kemudian naik semula.macam2 ubat dah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm saya gak. Pas ne kena iron semua cadar2 n selimut b4 tido.

      Delete
  2. Btl.mmg seksa..sy pn sdg dlm rawatan kudis buta ni. Harap berjaya...dah 6 bulan merana gatal kudis buta...

    ReplyDelete
  3. Tqvm .... info penting tuk saya....sebab anak sy tgh mengidap ni dlm 5hari dah.
    semiga sembuh

    ReplyDelete
  4. Da sblam anak sy djgkiti. Byk klinik da p. Tp xlga. Nk try y ni. Tq for info

    ReplyDelete
  5. Lotion n cream ni x de steroid ke doktor?
    anak2 saya dah setahun lebih scarbies.. Hilang 2-3 bulan kembali lagi.. Dah rebus semua pakaian lepas guna lotion tu sume.. Aduhh degil betul scarbies ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar betul awak.. anak sy dah 3 bulan.. mula2 ingat bisul.. lepas 2 bulan baru tahu kudis buta.. punya la payah nk sembuh.. kena plak kami tinggal ramai dlm satu rumah.. semoga kita sama2 cepat sembuh yer..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam. Sya prnh mengalami penyakit ni... seksa sgt... tp skrg da sembuh alhamdulillah... apa yg sya buat ialah... ikut nasihat doc, sapu ubat dsluruh badan semalaman slama 3 ari... basuh smua pakaian, cadar n slimut. Slm masa yg sama minta ubat tahan gatal dr doctor. Jgn mandi guna air panas atau air suam sbb akan jadi lg gatal. Baik mandi guna air biasa atau sejuk. Jgn guna sabun spt dettol, protex atau antabax dll sbb sabun2 jenis ni agak 'kuat' n akan buat kulit jd lebih gatal. Doctor cadangakn guna baby johnson, dove atau oilatum(sya guna sabun ni)... makan plak, kna la berpantang dlm 2 mggu lepas rawatan pertama sbb wlupun kutu da mati tp kesan gatal masi ada dlm 2 minggu... alhamdulillah sya da bebas dr kudis buta... slmt mencuba n smoga cpt sembuh­čśÄ

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info.. Memang tgh cari kaedah rawatan sebab anak sy kena di taska.. Skrg sy lk kena..

    ReplyDelete
  9. Sya pon bru terkena berhangkit dr anak buah yg terkena masa di asrama blik2 satu umh kba jangkitan. Smpai skg xbaik2 ag

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...saya dan sekeluarga terkena jangkitan kuman kudis buta dari kawan dtg ke rumah.
    Skrg.ni masih dlm rawatan ubat dari klinik sudah masuk minggu ke 5....harap2 sembuh.
    Kami juga amalkan bacaan surah Alfatihah,al nas,alfalaq,ahad dan ayat kursi...
    Doa nabi ayub

    ReplyDelete
  11. Maaf...harga ubat kudis buta ni biasanya braper ya???boleh dpt kat farmasi biasa x???tlg pm sy..0179353336

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabun dalam rm9 Nama sabun jf soap.. Ubat scabies dalam belas2 camtu boleh dpt kat farmasi

      Delete
  12. Buat rawatan awal.. And lebih baik pergi klinik pakar kulit.. Sebab saya dulu kena memang susah Nak hilang berkilo ubat guna x berkesan.. Alhamdulillah lepas pergi jumpa doktor pakar kulit sembuh dgn cepat.. Biar mahal sikit.. Tapi berkesan..

    ReplyDelete
  13. salam..anak sy pn trkena scabbies jgk.ingtkn naik gatal2 biasa je..pegi jumpa doktor dio blh ckp dia pn xpasti trkena penyakit apa..awal2 ibu sy da bgtau yg ank sy kna tu mgkin kudis mlm(kudis buta) tp sy xprcya sgt..ingt nk sahkn dgn doktor tp yg herannya doktor pn xleh nk knl pasti..bila try google psl kudis mlm ni n baca blog2 ibu rupanya kes mcm ank sy..insyaallah nk try gna petua ni..hrap2 blh smbuh..

    ReplyDelete